Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Sunday 11 November 2012

nak kek: kek cawan mentega bermadu



Hehe..lihat tajuk..bukan main lagi..bermadu tau..hehe..duk tengok scent of kitchen buat kek ja..teringin jugak buat kek bagi kanak kanak riang ria makan petang tadi..tapi disebabkan kekurangan barang untuk buat kek yang lebih sedap sedap,sebab kedai jauh,kereta pun en bos bawak.camna nak pi kedai?huhu..buat kek ni ja la..sedap jugak..tak dan nak sejuk  kek tu dah kena rembat.apala..



Ni kek yang dah siap dibakar tadi.siap buat keratan rentas kek tu lagi.hehe.untuk menunjukkan kegebuan kek tu.

Senang ja nak buat kek ni..bahan bahannya..

Tepung gandum  -  250gram (diayak)
Susu sejat  -  100gram
Tepung penaik  -  1 sudu 
Telur  -  2 biji
Coklat emulco  -  1 sudu besar
Madu  -  2 sudu besar
Coklat rice  -  ikut sesuka hati
Susu tepung  -  3 sudu besar
Susu pekat manis -  30 gram
Gula kastor  -  200 gram
Mentega  -  200 gram

Mula mula pukul mentega dengan gula sampai sebati,kemudian masuk telur.kacau kacau..pastu masukkan susu pekat manis,madu,susu tepung.

Akhir sekali masukkan tepung gandum,tepung penaik selang seli dengan susu sejat.kacau sampai rasa best.hehe..

Ambil 1/4 dari tepung adunan tu buh kat bekas lain..buh coklat emulco tu,kacau kacau..



Susun cawan kertas untuk kek dalam loyang.letak adunan yang putih selang dengan adunan yang dicampur coklat emulco tadi.kemudian letak adunan putih balik.kemudian,taburkan coklat rice sesuka hati..hehe..



Guna sebatang lidi dan pusing kut mana mana pun la..janji atas kek tu jadi macam ni.

Bakar pada suhu 150 selama 20 minit.jangan lebih nanti hangit.huhu..




Nilah hasilnya kek cawan ni..sungguh gebu sekali..(hehe)

(^_^)






6 comments:

  1. wah hitomi buat kek lak hari ni best..best..meh sebiji meh nak cuba..nampak sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..angin rajin tu dtg kjap2.tu yg payah tu.hehe..post leh kek ni.hehe..:D

      Delete
  2. gebu!..suka kek butter..minum dengan air teh O nikmat betul!...suka yg mentah tu..kalau wt kek mesti mkn balance kat mixer..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.samala kita nadia..masa duk kacau tu dah brapa kali duk rasanya..hehe.. :D

      Delete
  3. rajin hatomi membaking.......nk tanya ni.....dalam resepi tu duk habaq kata ''kacau sampai rasa best'' leh explain sikit best lagu mana tu? adakah sambil bernyanyi2 atau lagu mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..boleh ja menyanyi2 dgn gembira semasa mengacau kek.hehe.. kacau smpai rasa best la jdnya adunan keknya tu ibu qistina.. :D

      Delete