Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Monday, 26 November 2012

laman rumah



Petang tadi pindahkan anak anak pokok yang disemai ke dalam pasu.bunga telang,bendi,daun kesom,selom,ubi kentang dan juga zinnia.sakit pinggang.huhu..duk angkat pasu pasu dan tanah.sejam setengah jugak la duk bertinggung buat semua tu..



Pokok pegaga yang penuh depan laman rumah..tu sayang nak buat raiser bed atau nak tanam pokok apa apa kat sini.ada jugak rumput rumput yang tak dibuang tu..tak larat nak pi cabut.huhu..



Pokok paku pakis yang dipecahkan lagi dari pokok asal.dari 3 pasu dapat 7 pasu dan sekarang ni dah ada 11 pasu.penuh tepi tingkap tu.pasu pasu kat bawah tu nak semai sayur lagi.semua bekas diguna semua secara berhemat..tak cukup pasu dah..(jimat..huhu..)



Nilah hasilnya duk bertinggung sampai sakit pinggang tadi..ini ja yang termampu.tak larat nak kemas lebih lebih dah..nak pegi masak pulak lagi lepastu..he..



Saja interframe lagi..hehe..sawi bunga,zinnia,sawi dwarf,timun mini,basil,salad dengan tomato.



Pokok yang dibeli dari nursery semalam..tak tau nak letak mana..daun dia panjang sangat.depan rumah dah jadi macam hutan pulak..
Nanti nak menghijaukan lagi laman ni pokok pokok tapi nak kira budget dulu ni..hehe..

:D



buat apa ja...



Tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya pun.huhu..hujung minggu yang sedikit memenatkan.sabtu.,kekanak ribena ajak pi jalan jalan ja.baru ja nak duk melepak depan tv sambil makan ayam goreng.dan terpaksa jugak la mengeluarkan diri(yang teramat malas bila hujung minggu :D) sebabnya jugak harijadi salah sorang kekanak ribena..bawak pi tesco,pusing pusing,beli barang pastu pegi makan..3,4 jam juga la.ajak balik suma tak mau balik.amboi nak tidoq kat tesco ka?
sebab taknak menghampakan,pegi ambik en AA(yang sentiasa sibuk..emm..)bawak lagi depa pi pantai(tak tau jalan..dekat dekat ja tau..hehe tu kena amik big boss)tengok orang main layang layang.seronok tengok..banyak sangat..tak dapat nak ambik gambar,sebab tinggi sangat..kamera tepon takdak zoom.huhu...




Sampai pantai dah pukui 6..dapatlah depa duk riang ria tepi pantai ni kejap.mintak suruh beli layang layang nak main.lastnya kita yang kena naikkan dan main kejap(amik kesempatan..lama tak main layang layang.he..)



Saja duk tangkap tangkap gambar sebab layang layang depa dah samun(dah takdak aktiviti).huhu..



Baby ubi..:D adrianna duk main pasir dengan gembira sampai tak nak balik



Selamat harijadi pipi.hadiah takdak,nanti baru claim ok.kek pun takdak(kita buat sendiri ja ek.lagi best)bukan sebab dekut tau..huhu..

Besoknya buat macaroni bakar...


Ni duk test buat makaroni.pi bubuh satu peket yang 300 gram tu..nampak sikit..takut tak cukup.rupanya bila kembang ha ambik kau..haha..dapat 3 loyang selepas dibakar.sila makan sampai kembung ya..sebab dimasak dengan penuh kasih sayang(cakap dengan mata bulat dan bersinar sinar macam spongebob).cakap macam ni,depa gerenti bagi licin(walaupun kurang sedap dan banyak nak dihabiskan)..tak sampai hati kut..hehe..

Lepas depa dah kenyang.,pi kedai bunga kejap cari cari pasu dengan tanah



Tanah hitam dengan merah yang dibeli untuk semai dan pecahkan pokok bunga yang dah tak cukup ruang dalam pasu lama



Pegi jalan jalan kat nursery..konon tak nak beli apa apa nak tengok ja..tapi tak berjaya..huhu..geram tengok pokok ni.50 inggit 2 pasu.dekut punya tokey.mintak kurang sikit pun tak boleh..apada..
ni nanti ingat boleh semai kut batang dia lagi kan.dapat banyak pasu lagi..pastu boleh buat nursery kecil kecilan kat rumah ni(kalahkan nursery tokey dekut tu..)kut kut ada jiran yang nak beli pokok..juai murah murah ja..haha..wah..berangan lebih ni...
Ala berangan ja..tapi kalau menjadi..alhamdulilah..memang impian tu..

(^_^)