Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Wednesday, 5 December 2012

melukis dan mewarna dengan water colour pulak



Kekanak ribena ni kuat membuli..huhu.letih.depa cakap sebab cuti sekolah ni tak bawak depa pi mana mana.jadi kena buat pelbagai aktiviti kat rumah.wah..letih camni..tadi bagi depa 2 pilihan..nak masak agar agar ka nak melukis..depa pilih melukis..hu.dah la lama tak pegang  kaler ni..tapi takpa la ikut ja pasai kesian duk rumah tak tau nak buat apa..bawak keluar semua barang yang ada.melukis pun lenguh pinggang jugak.adoi..ni baru abes.



Ni lukisan yang dah disiapkan tadi.tak leh nak kaler dengan penuh perasaan pasai ubi dah bangkit.jadi kena stop cepat cepat.karang tak pasai pasai penuh kaler kat muka cik ubi pulak.huhu..



Kaler kegemaran yang selalu dipakai..buncho..warna kaler ni lawa.dari zaman sekolah duk pakai kaler ni..



Ni masa buat  lakaran gambar tu..em..hentam saja..jenuh rasanya nak melakar pun.memang lama sangat tak melukis ni..takpala janji kekanak ribena dah cukup teruja tengok ni ja.belum kaler lagi pun..(pensil,shapener dengan raber pinjam.haha)



Buh kaler yang cerah cerah dulu ya..pastu baru buh kaler yang gelap gelap..(pakai span basuh pinggan ja senang..lagipun berus kaler yng ada halus sangat.Hasil lukisan yang kat atas tadi... :D



Ni pulak hasil lukisan kekanak ribena..bagus bagus..ni pun dah cukup cantik tau..satu mashimaro,satu lagi ladybird kaler tak habis.depa pun dah gembira..sekarang sila pergi mandi ya kekanak ribena.sudah petang..

(^_^)




istanbul aku datang..pokok ja la..huhu..



Lihat gambar pokok ni..



Money tree..haha..buh dalam balang kaca dan dipamerkan diruang tamu anda..pasti kelihatan cantik dan berseri..try letak tengok..ha..
Dah letak pokok ni 3,4 hari..tetiba..,



Tertengok cerita istanbul aku datang amik kat astrofirst..lihat arah anak panah..tengok pokok tu..cantik la buat macam tu..berjuntai ja daun pokok tu..sepanjang duk tengok cerita ni memang mata duk perati pokok yang cantik cantik ja.huhu..ni salah satunya..selain dari..,



(Kredit gambar fanpage istanbul aku datang)

Watak haris yang dilakonkan oleh beto kusyairy ni..hoho..err...(^_^) .cerita ni memang best sesangat.cantik pulak tu tempat tempat yang depa buat ceta ni..tambah pulak kekanak riang ria ni duk tengok sampai skrip pun depa hafai.huhu..

P/s: lagu lagu dalam cerita ni best..hu..

Tidoq pun sampai mimpi cerita ni kut..haha..

:D




nak biskut: biskut marmar di malam hari



Kekanak riang ria suruh buat biskut pulak malam malam ni.baru ja nak tengok cerita swithed at birth..apala..tak buat nanti tunjuk perasaan pulak tanak tolong kemas rumah.huhu..jadi buat la jugak.tapi buat cepat cepat.sakit pinggang duk lama lama ni..



Takdak acuan bentuk love dan lain lain bentuk pun takdak.,jadi buat bulat bulat,penyet sikit.huhu..sian..



Terasa diri ini amat berseni.hehe.duk buat ni sampai lenguh pinggang ni..semangat!!!



Dapat satu balang ni..Cukupla..



Ni biskut ciptaan depa.huhu..erk...cantik kan?

Sungguh terharu sekali..

(^_^)