Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Friday, 26 October 2012

pokok pokok kat depan rumah.huhu..


Memandangkan tak balik kampung raya ni cuma duk rumah ja sambil tengok tv dan minum milo(rendang ,lemang apa pun takdak.huhu.sedey..)jadi pergi la tangkap2 gambar pokok pokok kat depan rumah..konon nak bagi hilang sedih..jadilah..



Anak pokok kacang panjang yang disemai 2 hari lepas.sebelum tu dah rendam dalam air 2 hari..cepat bercambahnya..yeay.



Pokok labu air yang gambarnya pernah dimasukkan dalam entry sebelum ni..dah besar.tapi kurang subur sikit kut..



Pokok pegaga yang penuh kat laman rumah.sekarang duk hujan ja,bertambah tambah gemuk la jadinya.



Pokok markisa yang dipindahkan ke tepi pagar sabtu lepas dah mula melilit pagar.



Yang lagi satu ni baru keluarkan daun baru lepas hampir hampir kering tak disiram.



Gambar bunga pokok orkid air lagi.tegah berbunga lebat.tu duk tangkap gambar dia ja tu..

Nanti nak semai benih bayam dengan kailan pulak..



8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Hitomi..kalau lps amek gambar rs sedih lg..pi la minum air milo lagi..hehehe..
    pegaga banyak2 nak buat aper errr..tak abiss tuh nak makan..meh sini sket meh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..pandai ummuaidan wat lawak dikala ati tgh sedih ni.huhu..ni dah pai kembung2 minum milo ni.huhu..pegaga mau ka?boleh aja ummuaidan..try la tanam kt sana ummuaidan.. sama iklim ka malaysia dgn fiji? :)

      Delete
  2. As salam yana,
    Pokok akuatik yg foto last tu namanya Spade Leaf Sword atau Creeping Burr Head.

    Benih kacang pjg mudah bercambah dan ia membesar dgn pantas tp byk serangga perosak yg sukakannya. Nanti yana tgk aphid kat bhgn pucuk, yg tu kena hapuskan sbb ia akan membantutkan tumbesaran anak pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,trima ksih en adry. :) oo.baru la tau nama pokok tu..huhu..bkn orkid air la ya en adry..

      Aphid yg putih2 tu kan?kalau sembur dgn air ilang x aphid tu?ni pun baru first time sya tnam pokok kcng pnjang ni :)

      Delete
    2. Aphid atau afid tu yg kaler hijau muda masa kecik, bila lama2 dia bertukar ke hijau kecoklatan dan kehitaman bila dh besar. Lepas tu dia kelaur sayap..terbanggg... Afid akan menghisap cecair drp pokok dan akan merosakan bhgn pokok tersebut. Sembur dgn air tak akan beri kesan kpd afid. Yana blh cuba semburan larutan organik iaitu campuran air, minyak masak dan sabun cecair pencuci pinggan.

      Delete
    3. Oo..x pnh tgk kut rpa aphid ni..sembuq mnyak msak kt daun pokok,pokok x mti ka en adry?ha.nnti bleh la buat penyembur ni..trima kasih ya en adry :D

      Delete
    4. Afid tu kecik je saiznya. Nak tau kehadiran afid pada pkk, kita blh tgk semut. Semut dan afid ni ada simbiosis. Mereka akan menghisap madu yg dikeluarkan oleh afid. Campuran larutan kena betul, utk 5ooml air, yana buh minyak setengah sudu kecil je. Sabun cecair pencuci pinggan pulak satu susu teh. Goncang campuran tersebut supaya sebati. Blh sembur terus ke arah afid dan serangga perosak lain. Cecair organik ini juga blh membunuh nyamuk dgn semburan terus. Jgn risau, ia selamat dan tak memberi kesan kpd pkk. Saya selalu guna larutan organik ni.

      Delete
    5. Trim kasih en adry :).kalu en adry x bgtau ni..sya pun tak tau pasai aphid ni..tgk pun x pnh.huhu..axion boleh kut ya?

      Delete