Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Friday, 16 November 2012

satu ketika..,saya suka tulis diary..hehe..(1)



Dulu takda online diary..jadi tulis kat buku ja la..mula menulis masa 12 tahun..tatabahasa pun tersusun kemas ja.takda singkatan ejaan.tulis pun pasai kawan kawan,kena marah dengan kakak,mak,gaduh dengan adik.hehe.bila dah remaja sikit.,dah pandai tulis merapu.pasai admire la.huhu..crush la..haritu balik rumah mak dan ambil semua diary lama yang ada kat sana..teringat balik zaman muda muda..acecei..



Lukisan yang dilukis dengan penuh perasaan..pastu lekat kat depan muka buku diary.konon nak bagi cantik la ni..hu




Lekat kertas surat ja..dulu kertas surat kan bunga bunga..




Ceh..colour me badd kut ni..




Memang suka menampal macam macam kat buku diary.hehe..




Bahagian belakang buku diary yang dihias dengan amat indah sekali.hehe..




Diary yang masih ada lagi..sebab kebanyakkan dah kena koyak,hilang..dulu,sehari punya cerita,3 mukasurat pun tak cukup..jadi setahun kena ada kurang kurang 3 buku diary ni.pastu habis majalah,paper kena gunting..termasuk yang kakak punya.pastu kena perambat keliling rumah dengan kakak..huhu..adoi

P/s:...bersambung... (^_^) ceh...





cerita sayur dan bunga



Sehari duk sibuk pi sana sini..sehari lagi duk sibuk tengok tv ja.hehe..bangkit pagi tadi pi dapur baru termenung duk tengok pokok selom dengan kesum kat atas singki..mana pi letak ni..kesum tu lebih dari yang dipakai untuk adik masak asam pedas kelmarin..selom tu pulak,kononnya nak buat kerabu selom..tapi tak dibeli nyoknya..nak buat kerabu apa?huhu





Boleh tanam dalam pasu ka?rendam dalam air ni ja la..he..

Lepastu banyak pula lagi anak anak pokok yang nak kena pindah tempat.ingat nak buat bed raiser,sayang pula kat pokok pegaga yang penuh kat laman rumah ni..ngee..buh dalam pasu ja kut..



Anak pokok bunga telang yang baru keluar daun 2 hari lepas.dekat 2 minggu baru bercambah.dari 6 benih yang disemai,1 ja menjadi..



3 anak pokok markisa yang turut mengeluarkan daun selepas disemai hampir 2 minggu.




Biji biji benih bunga dan sayur yang disemai pada 14/12
Rosemary,timun mini,sawi hong kong,roselle,dahlia,zinnia envy,zinnia yellow,cypress vines,thryllis,tomato ceri,basil
yang dah bercambah hari ni cypress vines,zinnia yellow dgn zinnia envy

Ni pun duk fikir mana nak letak anak pokok bunga ni..memang kena beli pasu la kut..



Pokok sawi bunga ada yang besar ada yang kecil..ada yang patah kena simbah air dengan kekanak riang ria..

Boleh buat goreng dah kut ni.hehe..

:D




Tuesday, 13 November 2012

biji benih sudah sampai



Biji benih yang dipesan minggu lepas dah pun sampai..best best..tapi yang tak bestnya,duk cari  tempat mana la nak pi semai ni..huhu...



Ni benih bunga dari miruku's garden.beli 5 percuma satu..yang benih dahlia tu dapat pasai bayaq lebih 2 ringgit.hehe..




Yang ni pulak benih dari en iskandar blog tanam sendiri.yang haritu punya pun tak semai lagi..dah pesan yang lain..(tamak sungguh)huhu..

Tengah duk memikirkan mana nak semai ni..emm...

(^_^)



Sunday, 11 November 2012

nak kek: kek cawan mentega bermadu



Hehe..lihat tajuk..bukan main lagi..bermadu tau..hehe..duk tengok scent of kitchen buat kek ja..teringin jugak buat kek bagi kanak kanak riang ria makan petang tadi..tapi disebabkan kekurangan barang untuk buat kek yang lebih sedap sedap,sebab kedai jauh,kereta pun en bos bawak.camna nak pi kedai?huhu..buat kek ni ja la..sedap jugak..tak dan nak sejuk  kek tu dah kena rembat.apala..



Ni kek yang dah siap dibakar tadi.siap buat keratan rentas kek tu lagi.hehe.untuk menunjukkan kegebuan kek tu.

Senang ja nak buat kek ni..bahan bahannya..

Tepung gandum  -  250gram (diayak)
Susu sejat  -  100gram
Tepung penaik  -  1 sudu 
Telur  -  2 biji
Coklat emulco  -  1 sudu besar
Madu  -  2 sudu besar
Coklat rice  -  ikut sesuka hati
Susu tepung  -  3 sudu besar
Susu pekat manis -  30 gram
Gula kastor  -  200 gram
Mentega  -  200 gram

Mula mula pukul mentega dengan gula sampai sebati,kemudian masuk telur.kacau kacau..pastu masukkan susu pekat manis,madu,susu tepung.

Akhir sekali masukkan tepung gandum,tepung penaik selang seli dengan susu sejat.kacau sampai rasa best.hehe..

Ambil 1/4 dari tepung adunan tu buh kat bekas lain..buh coklat emulco tu,kacau kacau..



Susun cawan kertas untuk kek dalam loyang.letak adunan yang putih selang dengan adunan yang dicampur coklat emulco tadi.kemudian letak adunan putih balik.kemudian,taburkan coklat rice sesuka hati..hehe..



Guna sebatang lidi dan pusing kut mana mana pun la..janji atas kek tu jadi macam ni.

Bakar pada suhu 150 selama 20 minit.jangan lebih nanti hangit.huhu..




Nilah hasilnya kek cawan ni..sungguh gebu sekali..(hehe)

(^_^)