Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Thursday, 8 November 2012

paku pakis kesayangan..



Salah satu pokok hiasan kegemaran yang yang dijaga dan dibelai..he..minat tu lebih sikit ke pokok pokok hiasan yang berdaun..bunga takdak...memang minat semua jenis paku pakis..termasuk pucuk paku.hehe..tapi tak tau la ni jenis apa.beli ja kat cameron hari tu..




Yang ni jenis daun pendek pendek kut,ada yang daun yang panjang tu lagi rimbun..




Beli hari tu 3 pasu ja..dah dipecahkan jadi 7 pasu.cepat penuhnya..



Ha tengok yang ni tak dan dan dah keluar kut lubang bawah pasu.huhu..nak kena ubah pasu lain jugak ni.




Yang lagi 3 pasu letak kat luar cermin depan..motifnya.. bila selak langsir tu dapat melihat kehijauan yang mendamaikan.hehehe



Interframe sikit...benih zinnia yang disemai 2 hari lepas dah pun bercambah..gembira tak terkata..1 lagi penyebab untuk mencangkung lebih lama di depan laman rumah tiap tiap pagi...

(^_^)





Wednesday, 7 November 2012

petola??



Anak pokok yang menimbulkan kekeliruan..haha..tadi pi tengok dah keluar sulur paut dia..alahai..comeynya..(sambil senyum senyum gembira..)hehe




Petang nanti baru akan dipindahkan ke tepi pagar belakang.pasai kat depan dah ada pokok markisa..



Tuesday, 6 November 2012

zinnia,miss u..hehe



jenuh duk cari benih bunga ni.semalam pi mydin dapat jugak.hehe.tapi tak tau la nak bercambah ka tak.harap harap bercambah la.dah lama tak nampak bunga ni sejak kami sekeluarga pindah ke taiping.bila pindah ke ipoh balik pun hanya ada pokok bunga kertas di depan rumah.dah tak tau mana nak cri benih bunga zinnia ni..



Yang ni bunga lapis2 kit.selalu tengok kat rumah mak dulu selapis ja.




Banyak ni ja..huhu..




Yang turut dibeli tapi kat kedai lain..dah semai pun.harap bercambah..

Kepada kawan kawan yang ada berminat nak beli benih bunga bolehla pi tengok blog miruku's garden bukan maruku ek.hahaha..macam macam benih bunga ada juai..mana tau kut kut ada bunga yang dicari ada kat sini..lagipun sekarang ada promosi beli 5 peket benih percuma satu..promosi ini tak berbayar tau..hehe..saja bagitau kat kawan kawan ja.. 

(^_^)






Monday, 5 November 2012

Anak labu air ke petola?huhu..



Masalah dan setel sikit sikit..terima kasih kepada kawan kawan yang sudi mendoakan.. :) ni tadi bangun pagi,terus pi duk mencangkung depan anak anak pokok yang disemai.pi belek anak labu air..apasai daun dia pelik..tak sama macam daun labu air yang pernah disemai sebelum ni.




Lihat lihat..duk belek ja..apasai pelik..




Dah keluar daun lagi..baru terperasan.huhu..


pastu teringat komen nadia rashid blog journey to green living yang sepesen ja anak pokok labu air dengan petola timun ek?nadia mengomen..(terima kasih nadia)haha..lalu pegila melawat blog en adry daun..rupa rupanya betui la ni anak petola..tapi xtau petola apa..aku tertipu..tu la lain kali sila lekatkan sebarang penanda untuk benih yang disemai ek.huhu..

BAIK ENCIK.. :D