Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Tuesday, 29 January 2013

zinnia yellow



Pokok zinnia yellow dah berbunga..sekuntum je..jadilah...ni pun dh cukup teruja....



Sebelum disemai lagi benih zinnia yng baru..akan disedia dulu baja..untuk bg pokok tu gemuk sikit dan cepat berbunga....ni pokok kering je..huhu..



Friday, 25 January 2013

pokok tomato ceri dah berbunga



Pokok tomato ceri yang ada depan rumah ni dah berbunga kelmarin..tapi baru arini dapat ambik gambar..mood malas melanda..huhu..


Pertama kali dapat tengok bunga tomato depan mata...terujanya..huhu..



Ada 2 pokok yang berbunga..gambar tak clear..

Ada lagi 5 pokok yang belum berbunga..lagipun pokoknya agak kecik2...



Monday, 21 January 2013

cypress vines dah berbunga



He..asyik duk cerita pasai cypress vines ja..huhu..maafla..sebab 2,3 menjak ni takdak berkebun apa pun..jadi takdak ap nak cerita.semalam pun ikut pi teman juai nangka lagi..tapi balik awal..sebab pukul 4..semua nangka dah sold out..sebelum keluar petang nk pi juai nangka semalam..terperasan ada bunga dah nak keluar..ambik gambar dulu..


Baru nak kembang..gigih ambik gambar ni kut tepi logkang.huhu..



Ni dah kembang.baru ja amik gmbar ni pagi tadi...

Tak payah la amik kut google dah gambaq bunga ni..sebab dah ada pun berbunga kat depan rumah..hehe..

(^_^)






Sunday, 20 January 2013

mari juai nangka..hehe..



Aktiviti hujung minggu lagi..pi ikut juai nangka...(macam biasa jadi bos ja..duk sibuk tayang muka tepi jalan..konon tarik customer mai beli nangka..)huhu..bosan duk rumah..dah tepu..jadi duk tepi jalan pun takpalah janji dapat duk luaq amik angin..hehe..



Nangka yang dikupas..buat hiasan atas meja..bagi kereta yang lalu lalang nampak sikit kecantikan warna nangka ni..lalu mereka pun akan berenti membeli nangka yang sedap ini...huhu..(promosi..)



Ni la kedai nangka nya..oo..penjuai nangka tak interframe..mereka pemalu..he..kalau terlalu maila beli nangka..dapat diskaun 10 persen..


Seperti biasa mengambil gambaq lagi sebab tak tau nak buat apa..jadi mari tengok keindahan alam..hijau nyaman mata memandang..



Siap edit dengan penuh semangat..



Ni gambaq dah nak dekat senja.baru nak balik.laku sungguh juai nangka..lepasni boleh la try tanam pokok nangka pulak..nak jadi tokey...haha...

:D






Friday, 18 January 2013

sawi extra dwarf



Dah pi petik sawi extra dwarf dengan jayanya..he...dah boleh makan dah kut..



Dapat satu pinggan sawi ni dalam satu pasu panjang daiso tu..alhamdulillah..menjadi jugak



Ni sawi extra dwarf yang paling besaq..sangat comel..(sayuq tu ya..)hehe..



Rendam dalam singki..bagi ilang kotor dulu..sebelum boleh digoreng dan dingap....

(^_^)

Nanti boleh la semai sawi ni lagi..





Tuesday, 15 January 2013

bunga sawi bunga dan zinnia yang tak mau berbung bunga



Bunga sawi bunga yang dah semakin banyak...taknak kutip dah sawi ni..nak simpan buat benih..(macam berjaya ja..huhu)tapi yang musykil tu..biji benih dia duk tang mana?emmm...


Dimanakah biji benihnya?...



Bunga banyak



Pokok zinnia yang tak berbunga bunga..huhu..dah dekat  2 bulan lebih kut..



Zinnia yellow yang sama sama taknak berbunga..mengapakah?

Baja apa yang sesui bubuh nak bagi zinnia ni keluaq bunga ni?










merlin season 6?



Merlin season 6 takdak dah ka?huhu..sangat tak best ok...



(Gambar dari google)


Lap lap mata macam shah rukh khan...huhu.....




Sunday, 13 January 2013

bandar melaka dan cahaya



Tak tau nak buh tajuk apa.huhu.bolehla tajuk macam ni..aktiviti malam minggu. pi pusing pusing bandar melaka ja.saja ambik angin..nak pi naik river cruiser..mesti ramai orang...jalan pun jem sepanjang jalan..jadi duk ja la dalam kereta...dan ambik ambik gambar pakai tepon...




Bandar hilir..lampu merah yang dipasang kat kedai sepanjang jalan ni..



Sungai melaka.kalau naik river cruise lalu sini.



Jonker walk..ingat nak jalan jalan sini tapi tempat parking pun takdak.huhu..



Dekat bandar hilir jugak



Area yang penuh kedai makan



Saja tangkap masa tunggu traffic light yang sungguh lama sekali..kereta banyak..




Hotel equatorial melaka



Bank ocbc pun interframe..saja ambik gambar ni sebab cahaya tu nmpak cantik..huhu..



Sebab kereta bergerak..dapat la gambar jadi camni....tapi ni seni ni..hehe..

Ha..inila gambar bandar melaka dan cahaya..lepas pusing pusing..berenti pantai kelebang,makan bakso,minum air limau...he..

(^_^)






Friday, 11 January 2013

sawi extra dwarf dan leaf miner



Bila tengok en adry  tunjukkan gambar tuaian en adry tadi..ada gambar sawi extra dwarf yang sangat gemuk gemuk dan sihat...ni gmbar sawi extra dwarf yang ada depan rumah pulak.huhu..


Sawi extra dwarf yang ditanam kali kedua.daunnya besar sikit dri yng ditanam kali pertama. Tapi kebanyakkan daun kena serangan leaf miner



Yang ni sawi extra dwarf yang memula sekali ditanam..daun kecik dan tak mau besar besar..hampir keseluruhan daun djadi camni..berapa kali daun daun dibuang tapi leaf miner tu tetap ada..jadi dibiarkan sajala..



Daun kailan ni ja yang terselamat walaupun daun sawi yng lain semua kena..

Ada baca pasai leaf miner ni..tapi tak berapa paham apa yang patut dibuat untuk mengelakkan sayur yang berdaun ni dari terkena serangan leaf miner ni..hu...



Thursday, 10 January 2013

bayam,salad dan cypress vines



Saja pi duk ambik gambar bayam dengan salad yang ada...rasanya dah lebih 2 bulan kut dri tarikh semai...bayam tak mau besar besar..tak cukup zat kut..



Tak tau kut jenis bayam ni memang kecik camni ja...



Ni pula satu satunya pokok salad ni yang ada..pun keding ja..tak tau pasai apa..huhu..



Cypress vines..benih beli dari miruku garden..ada dalam 10 pokok 



Dah menjalar kat pagar



(Gambar dari google)

Nanti kalau dah berbunga macam ni..,dan dah ada biji benihnya bolehla nak bagi kat kawan kawan..



markisa


Terlupa nak letak gambar buah kegemaran...yang ni pun adik bagi..dari sabah jugak..cuma yang ni..tak ditanam..tumbuh sendiri kat dalam kebun getah dengan banyaknya...


Markisa..sangat sedap..


Banyak kalau tidak adik bawak satu guni beras 5 kilo..tapi disebabkan flight dia kena tangguh..kebanyakkan buah markisa ni dah busuk..yang elok cuma dalam 10 biji ja..jadilah dapat jugak merasa markisa sabah..sangat berjus tau..

:D



Wednesday, 9 January 2013

lagi gambar dari sabah



Masih lagi gambar dari sabah..


Adik saja tangkap gambar ni sebab cantik .tak tau buah apa namanya..



Salah satu air terjun kecil yang ada kat kebun atas bukit ni



Gambar kulat ni pun sesaja dia tangkap.hu..



Antara pokok pokok yang ada kat kebun ni..pokok cili ni..warna putih.



Close up sikit...rangup cabai ni..



Cabai muda pun ada..wah..



Terung pun ada jugak



Ha..ni pucuk getah..



Pokok getah ada jugak..tapi ditanam tak banyak...pokok halia banyak la.



Ni pondok depa singgah kut kut nak berehat.makan nasik dulu.siap ada periuk lagi tu.he..



Gambar pemandangan yang diambil oleh adik..ceh..berangan fotograper..haha..(orang kutuk hang dik..)haha lagi..



Berkabus sepanjang masa..sangat sejuk kat sini adik cakap..kalah cameron highland.



Memang cantik..depa naik ke kebun ni dengan jalan kaki ja..agak jauh dari rumah..nasib baik pokok pokok yang ada kat situ tak payah nak jaga sangat..tanam dan tinggal ja..tetap subur dan sihat..best best..

P/s: semua gambar sudah dimasukkan dik...timakasih bebanyak ek tuk gambar gambar ni...err..aritu cakap nak bagi gambar pendekar mustar...mana?mana?huhuhu..

(^_^)