Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Sunday 11 November 2012

nak kek: kek cawan mentega bermadu



Hehe..lihat tajuk..bukan main lagi..bermadu tau..hehe..duk tengok scent of kitchen buat kek ja..teringin jugak buat kek bagi kanak kanak riang ria makan petang tadi..tapi disebabkan kekurangan barang untuk buat kek yang lebih sedap sedap,sebab kedai jauh,kereta pun en bos bawak.camna nak pi kedai?huhu..buat kek ni ja la..sedap jugak..tak dan nak sejuk  kek tu dah kena rembat.apala..



Ni kek yang dah siap dibakar tadi.siap buat keratan rentas kek tu lagi.hehe.untuk menunjukkan kegebuan kek tu.

Senang ja nak buat kek ni..bahan bahannya..

Tepung gandum  -  250gram (diayak)
Susu sejat  -  100gram
Tepung penaik  -  1 sudu 
Telur  -  2 biji
Coklat emulco  -  1 sudu besar
Madu  -  2 sudu besar
Coklat rice  -  ikut sesuka hati
Susu tepung  -  3 sudu besar
Susu pekat manis -  30 gram
Gula kastor  -  200 gram
Mentega  -  200 gram

Mula mula pukul mentega dengan gula sampai sebati,kemudian masuk telur.kacau kacau..pastu masukkan susu pekat manis,madu,susu tepung.

Akhir sekali masukkan tepung gandum,tepung penaik selang seli dengan susu sejat.kacau sampai rasa best.hehe..

Ambil 1/4 dari tepung adunan tu buh kat bekas lain..buh coklat emulco tu,kacau kacau..



Susun cawan kertas untuk kek dalam loyang.letak adunan yang putih selang dengan adunan yang dicampur coklat emulco tadi.kemudian letak adunan putih balik.kemudian,taburkan coklat rice sesuka hati..hehe..



Guna sebatang lidi dan pusing kut mana mana pun la..janji atas kek tu jadi macam ni.

Bakar pada suhu 150 selama 20 minit.jangan lebih nanti hangit.huhu..




Nilah hasilnya kek cawan ni..sungguh gebu sekali..(hehe)

(^_^)






bendi emas dah mengeluarkan hasil..(aku gembira.huhu)



Bendi emas yang disemai lebih kurang 2 bulan lepas sudah mengeluarkan hasil..sungguh gembira..sampai duk mencangkung tengah panas duk tengok pokok bendi tu..(sambil bercakap cakap dengan pokok bendi tu.huhu..).inilah buat kali pertamanya tanam bendi.tu yang teruja sangat bila tengok bendi tanam sendiri berbuah dengan banyak.selalu duk tengok bendi siap dah..huhu(sebab beli kat pasar da)ya..sungguh gembira tak terkata..BENDIII..bendi..bendi..(sila buat bunyi bergema sendiri.)...hahahaha..



Sekuntum bunga bendi yang kurasakan amat menawan kalbu..huhu




Daun yang sihat sihat




Bendi emas yang sihat dan banyak..mana tak senyum ja..he.




Tapi daun dia kena gigit belalang sikit.



Inilah pokok bendi ni masa umur seminggu...comey ja..




Masa ni dah besar sikit..



Tetap comey



Semakin comel..sebab ada buah..hehe

Lepas ni boleh tanm pokok bendi lagi.bersemangat ni..

I LOVE YOU BENDI... (^_^)