Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Monday 26 November 2012

laman rumah



Petang tadi pindahkan anak anak pokok yang disemai ke dalam pasu.bunga telang,bendi,daun kesom,selom,ubi kentang dan juga zinnia.sakit pinggang.huhu..duk angkat pasu pasu dan tanah.sejam setengah jugak la duk bertinggung buat semua tu..



Pokok pegaga yang penuh depan laman rumah..tu sayang nak buat raiser bed atau nak tanam pokok apa apa kat sini.ada jugak rumput rumput yang tak dibuang tu..tak larat nak pi cabut.huhu..



Pokok paku pakis yang dipecahkan lagi dari pokok asal.dari 3 pasu dapat 7 pasu dan sekarang ni dah ada 11 pasu.penuh tepi tingkap tu.pasu pasu kat bawah tu nak semai sayur lagi.semua bekas diguna semua secara berhemat..tak cukup pasu dah..(jimat..huhu..)



Nilah hasilnya duk bertinggung sampai sakit pinggang tadi..ini ja yang termampu.tak larat nak kemas lebih lebih dah..nak pegi masak pulak lagi lepastu..he..



Saja interframe lagi..hehe..sawi bunga,zinnia,sawi dwarf,timun mini,basil,salad dengan tomato.



Pokok yang dibeli dari nursery semalam..tak tau nak letak mana..daun dia panjang sangat.depan rumah dah jadi macam hutan pulak..
Nanti nak menghijaukan lagi laman ni pokok pokok tapi nak kira budget dulu ni..hehe..

:D



buat apa ja...



Tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya pun.huhu..hujung minggu yang sedikit memenatkan.sabtu.,kekanak ribena ajak pi jalan jalan ja.baru ja nak duk melepak depan tv sambil makan ayam goreng.dan terpaksa jugak la mengeluarkan diri(yang teramat malas bila hujung minggu :D) sebabnya jugak harijadi salah sorang kekanak ribena..bawak pi tesco,pusing pusing,beli barang pastu pegi makan..3,4 jam juga la.ajak balik suma tak mau balik.amboi nak tidoq kat tesco ka?
sebab taknak menghampakan,pegi ambik en AA(yang sentiasa sibuk..emm..)bawak lagi depa pi pantai(tak tau jalan..dekat dekat ja tau..hehe tu kena amik big boss)tengok orang main layang layang.seronok tengok..banyak sangat..tak dapat nak ambik gambar,sebab tinggi sangat..kamera tepon takdak zoom.huhu...




Sampai pantai dah pukui 6..dapatlah depa duk riang ria tepi pantai ni kejap.mintak suruh beli layang layang nak main.lastnya kita yang kena naikkan dan main kejap(amik kesempatan..lama tak main layang layang.he..)



Saja duk tangkap tangkap gambar sebab layang layang depa dah samun(dah takdak aktiviti).huhu..



Baby ubi..:D adrianna duk main pasir dengan gembira sampai tak nak balik



Selamat harijadi pipi.hadiah takdak,nanti baru claim ok.kek pun takdak(kita buat sendiri ja ek.lagi best)bukan sebab dekut tau..huhu..

Besoknya buat macaroni bakar...


Ni duk test buat makaroni.pi bubuh satu peket yang 300 gram tu..nampak sikit..takut tak cukup.rupanya bila kembang ha ambik kau..haha..dapat 3 loyang selepas dibakar.sila makan sampai kembung ya..sebab dimasak dengan penuh kasih sayang(cakap dengan mata bulat dan bersinar sinar macam spongebob).cakap macam ni,depa gerenti bagi licin(walaupun kurang sedap dan banyak nak dihabiskan)..tak sampai hati kut..hehe..

Lepas depa dah kenyang.,pi kedai bunga kejap cari cari pasu dengan tanah



Tanah hitam dengan merah yang dibeli untuk semai dan pecahkan pokok bunga yang dah tak cukup ruang dalam pasu lama



Pegi jalan jalan kat nursery..konon tak nak beli apa apa nak tengok ja..tapi tak berjaya..huhu..geram tengok pokok ni.50 inggit 2 pasu.dekut punya tokey.mintak kurang sikit pun tak boleh..apada..
ni nanti ingat boleh semai kut batang dia lagi kan.dapat banyak pasu lagi..pastu boleh buat nursery kecil kecilan kat rumah ni(kalahkan nursery tokey dekut tu..)kut kut ada jiran yang nak beli pokok..juai murah murah ja..haha..wah..berangan lebih ni...
Ala berangan ja..tapi kalau menjadi..alhamdulilah..memang impian tu..

(^_^)


Friday 23 November 2012

buah pokok ru



Buah pokok ru yang dikutip dan disimpan dalam balang kaca...bila tengok ja..mesti nostalgia ja....(^_^) nanti kut pegi mana mana pantai lagi nak kutip banyak banyak nak buh kat dalam balang yang lagi besar..buat hiasan kat rak rak almari pun cantik..




Yang ni kutip dekat dengan pantai tanjung bidara.yang ada dalam simpanan sebelum ni kutip dekat persiaran gurney yang memang banyak ditanam pokok ru sepanjang jalannya..kalau dapat kutip dan simpan dari semua pantai pantai yang ada kat satu malaysia ni kan best...hehe..

En AA..bonus nanti jom cuti cuti malaysia...

(^_^)

Saya tahu anda sedang membaca..haha..







kenapa huruf besar dan tebal?



Hehe..ada yang bertanya kenapa  pakai huruf besar dan tebai kat blog ni(kalau boley nak buh lg besar hurufnya hu..hu..kurang nampak.sebenarnya.sebab tu la..rabun sikit..tapi dah kebiasaan lebih selesa tak bercermin mata.jadi kadang kadang lupa nak pakai cermin mata bila mengadap skrin  kecik tab ni.(laptop saya rosak..nak repair tak cukup budget lagi..hehe.lebih selesa pakai laptop.,skrin besar).jadi bila ada sesetengah blog kawan kawan menggunakan huruf kecik kecik,terus mengagau cari cermin mata..he..



Dan yang paling memerlukan untuk mendekatkan skrin ni ke mata adalah apabila ingin mempublishkan komen.hehe.kan ada yang kena buh huruf dengan nombor untuk buktikan yang kita ni bukan robot tu..he..memang tak nampak nombornya tu..adoi..kalau malas nak pi ambik cermin mata,kekanak ribena la yang tolong bagitau nombor apa.hehe..






Sekarang yang senangnya ambik cermin mata letak kat tepi.nak guna ambik ja.sebab memang kurang selesa bercermin mata sepanjang masa..( tapi bila pakai,rasa macam budak pandai pulak ni..huhu..)

(^_^)




Thursday 22 November 2012

boleh tak?



Memandangkan tak banyak aktiviti yang banyak sangat boleh dibuat kat rumah ni..,jadi memang selalu duk depan tv sambil duk makan ja kerjanya..siap goreng ayam,buat salad.,pastu melangut tengok tv..huhu..makan banyak.tapi tak gemuk gemuk pun.metabolisme tinggi ni.. :)



rancangan yang selalu ditengok kat tv tu dah tentula rancangan masakan..hehe..(tengok la..kut kut boleh memahirkan skill masakan yang tak seberapa ni..)sekarang ni duk tunggu masterchef malaysia dengan masterchef us.buat kerja pun cepat cepat.jangan harap nak bangkit dah kalau rancangan tu dah start.kalau malaysia punya haritu harap ammar menang(emm..bkn sebab dia hensem tau..hehe)tapi dah terkeluar la pulak..jadi sekarang ni harap nina,che lah atau ah hong menang.us punya,monti atau becky kut.terer depa ni..


Banyak lagi rancangan masak yang best macam my kitchen rules,top chef,nigella bites,chef at home,food revolution jamie oliver,take home chef.tapi yang paling digemari sangat river cottage forever..sebab dia tanam sayur dia sendiri.bela semua binatang sendiri pastu masak dengan simple..lagi satu..cottage dia cantik..he..


Tengok salah satu rancangan buat kek,duk buat pusing pusing atas kek dengan lidi..bagi atas kek cantik..


Tengok ja la..pastu belajar kut ada yang berguna sikit sikit.memang kurang pandai bab memasak ni ha..mak selalu duk kutuk dgn adik.huhu..takpalah..janji boleh  jugak masak,pastu makan dengan gembira pasai masakan sendiri..,sedap tu..sapa lagi yang nak cakap sedap..ya tak?diri sendiri ja la..




Teringin jugak nak masuk pertandingan masak masak ni..yakin ni..(ceh..)tapi kalau buat salad macam ni jala.hanya tuangkan sikit minyak zaitun dan juga salad dressing..hehe...masak susah susah dah tak tau..

Amacam?rasa rasa boleh tak?huhuhu.

(^_^)



daun daun baru



Selepas hujan..melakukan rutin biasa tiap tiap pagi.,jenguk pokok kat luar dulu..semua dah duk keluar daun baru..he..best..tapi tak pindah pasu lagi pun..emm..x dan nak pi beli..


Anak pokok bunga telang keluarkan daun baru lagi..comey..



Daun baru anak pokok timun mini



Anak pokok markisa ungu



Pokok kacang panjang yang dah belajar melilit tepi pagar.



He..sawi bunga kesayangan..besar dah ni..nyum..nyum..hehe..



Anak pokok cypress vines yang turut keluarkan daun baru..



Anak pokok tomato ceri..tanam dalam pasu ja



Pasu pasu yang ditanam sawi bunga,sawi mini,kailan,salad,tomato,basil dan juga zinnia..bersusun sampai en AA nak parking kereta pun payah..hehe..sori bos..

:D



Wednesday 21 November 2012

pan cake yang dimasak dengan penuh kasih sayang


Hehe...



Makan bagi habis tau..sebab dimasak dengan penuh kasih sayang..

(^_^)

P/s:saya suka lempeng...yeay....



Tuesday 20 November 2012

satu ketika..,saya suka tulis diary..hehe..(2)



Sambungan dari bahagian 1..aritu tunjuk depan dan belakang buku diary ja..harini  sikit sikit pasai apa yang dituliskan masa zaman muda muda dulu..hehe..saja berkongsi nostalgia bagaimana dan apa yang pernah dirasakan satu ketika dulu...

(^_^)


Lukisan yng dilukis masa 17 tahun..wah..mudanya...dengan tanda tangan dari seseorang yang teramat istimewa pada waktu dulu..dulu ka la..sekarang tak dah..(hehe..cinta pertama tau..)



Amaran yang ditulis untuk penghendap penghendap buku diary ni..terutamanya adik yang memang penyibuk.kalau dia baca cerita yang tak patut dibaca.part jiwang jiwang karat.. karang mau jadi bahan seminggu kat rumah.



Memang suka melekat bagai kat diary..dah jadi macam kolaj pulak..huhu..paling suka kalender dulu dulu tak tau sekarang ada lagi ka tak..dulu ada gambar pemandangan yng besar besar untuk setiap bulan dalam kalender.akan diambil,dipotong dan ditampal dlm buku diary.



Err..sekali siap jadi buku nota lagi..lihat..belajar dulu tu..bercampur campur math,sejarah,geografi..tapi salin yng cikgu tulis ja math tu..nak buat sendiri tak tau jalan kerja..tau..kebarangkalian ja..huhu..trigonometri,algebra dan yang lain lain..emm..kurang paham..



Salah satu tampalan yang dirasakan amat hebat..(adoi)



Penulisan yang mengambil sebanyak 4 mukasurat..untuk menceritakan tentang kucing kesayangan.masa tulis ni menitik nitik air mata dan hidung..sentimental..wuwuwu..



Biodata diri sendiri yang memang suka ditulis macam ni..dulu setiap orang mesti ada buku biodata kan..pastu suruh kawan kawan kelas tulis apa makanan kegemaran,minuman kegemaran,hobi..hehe..sekarang semua tulis kat facebook ja..



Ditulis ketika remaja dulu tentang putera idaman..haha..yang ni lawak..siap tulis nak lelaki yang macam tu,macam ni..dan kemudian dibandingkan dengn jejaka jejaka yang diminati..(^_^)



Hasil lukisan yang ditulis dan luahan perasaan yang dicatatkan ketika melayan blues sorang sorang..diluar rumah sambil merenung bintang bintang dilangit..huhu..



Tak berapa pandai.. :D  slip kertas untuk subjek yang diambil untuk spm yang masih tersimpan elok dalam diary.



Err..ni salah satu gambar yng memng sangat sangat disukai.tak tau la kenapa..(tengok lukisan bunga bunga yang seakan berterbangan tu..)nampak macam best.. (^_^)



(Zaman zaman tulisan rahsia dulu ni)..Dulu tak sabar sabar nak tunggu cuti sekolah..bila sekolah mesti duk kata boring..tapi bila zaman sekolah dah habis..baru rasa nak pergi sekolah balik..emm..boleh tak?sekolah best la sebenarnya..(baru disedari..huhu..)



Lukisan bunga ros bersilang yang menjadi trademark satu ketika dulu...dilukis dengan penuh perasaan..ceh..



Tiket bas dan tiket masuk zoo taiping yang turut disimpan siap diklip kat buku diary ni..dah lebih 10 tahun kut..Sekarang masuk zoo taiping pun dah berbelas ringgit..



Peminat syair,puisi dan juga cerpen..jadi kalau ada jumpak yang best best sikit..gunting dan tampal dalam diary..



Luahan perasaan ni..siap letak lama lama  tepi kertas tu pakai ubat nyamuk ya..bagi ada kesan  macam terbakar tu..hehe..ni kalau adik baca ni mau dia gelak sampai golek golek ni..



Lukisan depan rumah yang turut dilukis semasa duduk kat luar rumah dengan kawan kawan buat study group kononnya..tapi sembang ja lebih,.belajar ada la 10,15 minit..huhu..



He..tu la sikit sikit pasai apa yang pernah ditulis,dilukis dan ditampal dalam buku diary..dah lama dah tak tulis diary.sebab dah kurang idea macam dulu..hehe..lagipun sekarang duk masak,kemas rumah,berkebun..tak dak banyak aktiviti berlainan yang nak dibuat macam dulu..lagi satu..kawan kawan pun dah kurang,.

Sebab tu bila ingat zaman sekolah..memang best.ramai kawan kawan.banyak aktiviti yang dibuat..jadi boleh tulis macam macam ,banyak cerita dalam diary..hehe..err..nak pi sekolah balik boleh tak?hahaha..

Tula..dulu mak suruh pi sekolah kuat ponteng... kata pi sekolah tak best...sekarang....

Emm..yala...baiklah.. 
baiklah....

(^_^)

Senyum senyum...



anak anak pokok



Keluar depan rumah tengok anak anak pokok yang dah mula keluarkan daun..sambil tengok ada lagi tak kucing yang buat pasu sayur tu tandas segera dia.huhu.habis anak anak sawi.banyak anak pokok yang nak kena pindah ke pasu lain dah ni.tapi tak beli pasu lagi.,jadi sabar ya,.


Anak pokok bunga telang.ada sepokok ni ja..tengok kawan kawan  yang lain dah pakat nak buat sirap biru..ni lambat lagi la kut..




Anak pokok timun mini.semai 6 biji tumbuh 3.




Daun pokok ubi kentang.kali pertama tengok daun ubi kentang.teruja.haha.




Anak pokok zinnia envy double dengan zinnia yellow.tunggu besar sikit lagi baru nk pindahkan ke pasu.



Anak pokok bunga cypress vines yang kelmarin dipondahkan ke tepi pagar.dah semakin hijau daunnya.

Hujan hujan ni pun duk berkebun jugak..sibuk mengalih anak pokok sayur masuk ke pasu.sambil tu dapat la mandi mandi hujan macam zaman kekanak dulu..hehe..best sangat..lepastu malamnya pening kepala..adoi..

(^_^)