Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Tuesday, 20 November 2012

satu ketika..,saya suka tulis diary..hehe..(2)



Sambungan dari bahagian 1..aritu tunjuk depan dan belakang buku diary ja..harini  sikit sikit pasai apa yang dituliskan masa zaman muda muda dulu..hehe..saja berkongsi nostalgia bagaimana dan apa yang pernah dirasakan satu ketika dulu...

(^_^)


Lukisan yng dilukis masa 17 tahun..wah..mudanya...dengan tanda tangan dari seseorang yang teramat istimewa pada waktu dulu..dulu ka la..sekarang tak dah..(hehe..cinta pertama tau..)



Amaran yang ditulis untuk penghendap penghendap buku diary ni..terutamanya adik yang memang penyibuk.kalau dia baca cerita yang tak patut dibaca.part jiwang jiwang karat.. karang mau jadi bahan seminggu kat rumah.



Memang suka melekat bagai kat diary..dah jadi macam kolaj pulak..huhu..paling suka kalender dulu dulu tak tau sekarang ada lagi ka tak..dulu ada gambar pemandangan yng besar besar untuk setiap bulan dalam kalender.akan diambil,dipotong dan ditampal dlm buku diary.



Err..sekali siap jadi buku nota lagi..lihat..belajar dulu tu..bercampur campur math,sejarah,geografi..tapi salin yng cikgu tulis ja math tu..nak buat sendiri tak tau jalan kerja..tau..kebarangkalian ja..huhu..trigonometri,algebra dan yang lain lain..emm..kurang paham..



Salah satu tampalan yang dirasakan amat hebat..(adoi)



Penulisan yang mengambil sebanyak 4 mukasurat..untuk menceritakan tentang kucing kesayangan.masa tulis ni menitik nitik air mata dan hidung..sentimental..wuwuwu..



Biodata diri sendiri yang memang suka ditulis macam ni..dulu setiap orang mesti ada buku biodata kan..pastu suruh kawan kawan kelas tulis apa makanan kegemaran,minuman kegemaran,hobi..hehe..sekarang semua tulis kat facebook ja..



Ditulis ketika remaja dulu tentang putera idaman..haha..yang ni lawak..siap tulis nak lelaki yang macam tu,macam ni..dan kemudian dibandingkan dengn jejaka jejaka yang diminati..(^_^)



Hasil lukisan yang ditulis dan luahan perasaan yang dicatatkan ketika melayan blues sorang sorang..diluar rumah sambil merenung bintang bintang dilangit..huhu..



Tak berapa pandai.. :D  slip kertas untuk subjek yang diambil untuk spm yang masih tersimpan elok dalam diary.



Err..ni salah satu gambar yng memng sangat sangat disukai.tak tau la kenapa..(tengok lukisan bunga bunga yang seakan berterbangan tu..)nampak macam best.. (^_^)



(Zaman zaman tulisan rahsia dulu ni)..Dulu tak sabar sabar nak tunggu cuti sekolah..bila sekolah mesti duk kata boring..tapi bila zaman sekolah dah habis..baru rasa nak pergi sekolah balik..emm..boleh tak?sekolah best la sebenarnya..(baru disedari..huhu..)



Lukisan bunga ros bersilang yang menjadi trademark satu ketika dulu...dilukis dengan penuh perasaan..ceh..



Tiket bas dan tiket masuk zoo taiping yang turut disimpan siap diklip kat buku diary ni..dah lebih 10 tahun kut..Sekarang masuk zoo taiping pun dah berbelas ringgit..



Peminat syair,puisi dan juga cerpen..jadi kalau ada jumpak yang best best sikit..gunting dan tampal dalam diary..



Luahan perasaan ni..siap letak lama lama  tepi kertas tu pakai ubat nyamuk ya..bagi ada kesan  macam terbakar tu..hehe..ni kalau adik baca ni mau dia gelak sampai golek golek ni..



Lukisan depan rumah yang turut dilukis semasa duduk kat luar rumah dengan kawan kawan buat study group kononnya..tapi sembang ja lebih,.belajar ada la 10,15 minit..huhu..



He..tu la sikit sikit pasai apa yang pernah ditulis,dilukis dan ditampal dalam buku diary..dah lama dah tak tulis diary.sebab dah kurang idea macam dulu..hehe..lagipun sekarang duk masak,kemas rumah,berkebun..tak dak banyak aktiviti berlainan yang nak dibuat macam dulu..lagi satu..kawan kawan pun dah kurang,.

Sebab tu bila ingat zaman sekolah..memang best.ramai kawan kawan.banyak aktiviti yang dibuat..jadi boleh tulis macam macam ,banyak cerita dalam diary..hehe..err..nak pi sekolah balik boleh tak?hahaha..

Tula..dulu mak suruh pi sekolah kuat ponteng... kata pi sekolah tak best...sekarang....

Emm..yala...baiklah.. 
baiklah....

(^_^)

Senyum senyum...



anak anak pokok



Keluar depan rumah tengok anak anak pokok yang dah mula keluarkan daun..sambil tengok ada lagi tak kucing yang buat pasu sayur tu tandas segera dia.huhu.habis anak anak sawi.banyak anak pokok yang nak kena pindah ke pasu lain dah ni.tapi tak beli pasu lagi.,jadi sabar ya,.


Anak pokok bunga telang.ada sepokok ni ja..tengok kawan kawan  yang lain dah pakat nak buat sirap biru..ni lambat lagi la kut..




Anak pokok timun mini.semai 6 biji tumbuh 3.




Daun pokok ubi kentang.kali pertama tengok daun ubi kentang.teruja.haha.




Anak pokok zinnia envy double dengan zinnia yellow.tunggu besar sikit lagi baru nk pindahkan ke pasu.



Anak pokok bunga cypress vines yang kelmarin dipondahkan ke tepi pagar.dah semakin hijau daunnya.

Hujan hujan ni pun duk berkebun jugak..sibuk mengalih anak pokok sayur masuk ke pasu.sambil tu dapat la mandi mandi hujan macam zaman kekanak dulu..hehe..best sangat..lepastu malamnya pening kepala..adoi..

(^_^)




Saturday, 17 November 2012

cypress vines



Biji benih cypress vines(nama melayunya tak tau.hu) yang disemai 14/12 haritu..semalam pi mencangkung tengok macam daun kering ja yang keluar dari benihnya..duk fikir juga..benih ni tak elok kut.keluar daun warna coklat macam kering ja apasai?ingat nk cabut ja..tapi fikir balik biar dulu la..sebab tengok ada yang baru nak keluar dari biji benih.memang dah rasa..huhu..benih tak menjadi.emm..takpala.nak buat macam mana..



Ni masa daun keluar.lihat warnanya..sedih ja..daun warna coklat ..kering..



Ni pi tengok pagi tadi.aik..daun dia dah nampak hijau hijau sikit..sengih ja ni..ooo..rupa rupanya masa keluar dari benih,daun nya memang coklat.bila daun tu kembang habis,daun nya akan mula hijau sikit sikit.




(Imej dari google)

Nilah bunga cypress vines nya..tapi gambar amik dari intenet ya..hehe..pasai pokok yang ni pun baru ja tanam..nak tengok bunga dia lagi lambat lagi..suka bunga ni.pasai masa kecil kecil dulu mak tanam kat depan rumah.memang teruja sangat tengok bunga ni banyak kembang pagi pagi.

:D




Friday, 16 November 2012

sepanjang jalan...kuala lumpur..



Sepanjang jalan dari ipoh ke kl,pi ambil anak sedara nak datang bercuti kat rumah..dia duk suruh ambil gambar bangunan kl banyak banyak.seronok sangat dia..jadi klik klik la yang mana termampu dengan rintik rintik hujan melatari suasana belakang..



Nak tangkap gambar signboard tu sebenarnya..camera tepon ni fokus kat rintik air hujan pulak..tapi cantik jugak ni..




Susunan pokok yang cantik.rasa macam kat taman tasik taiping la..cuma pokok ni kecik ja,.



Melompat lompat seronok kekanak ribena masa nampak bangunan bangunan ni..selalu dia tengok sawah padi..jadi dia teruja sikit nampak bangunan tinggi macam ni.




Ehh..apada?gambar nak bayar tol pun ambil ka?depa tanya..mestila tau..bukti ni dah sampai kl..hahaha..

(^_^)