Sometimes there's only one thing left to say.......p.s.i love you.......

Friday, 9 November 2012

poskad...yang ada..



Salah satu yang amat suka dikumpul..poskad..tapi tak berapa banyak yang ada dah.kebanyakkan hilang..semasa berpindah randah serta dijadikan kapal terbang oleh kanak kanak riang ria.kalau pergi kemana mana yang ada jual mesti dibeli walaupun kadang kadang habuk yang lebih banyak dalm poket.huhu..ada sesetengah ambil ja dalam laci hotel.souvenir la katakan..poskad yng menarik minat  terutama kalau gambar bukit bukau,hutan,ladang teh.janji hijau hijau.yng ada kata kata diatas pun memang amat digemari..mesti akan ditampal didinding bilik.hehe..




Poskad yang mula mula dibeli.dah lebih kurang 10 tahun dalam simpanan.beli kat cameron highland.gambar pemandangan ladang teh sungai palas di pagi hari..




Antara poskad yang masih ada dalam simpanan..simpan kat tempat rahsia..hehe..




Ingat nanti baru nak tambah koleksi lagi..sebab sekarang kurang sangat berjalan kesana sini dah..kebanyakkan masa duk rumah..berkebun,memasak,memakan..huhu..

Bila tengok poskad poskad ni memang teringat kenangan lama..hehe..sentimental..

:D



Thursday, 8 November 2012

pokok depan laman rumah



Letak gambar pokok ni pasai tak tau apa nama pokok ni..ada sapa sapa yang tau ka?pindah sini ja..pokok ni dah dpt foc..besar pulak tu pokoknya.penuh depan pagar rumah..nak buang sayang..pasai cantik ja bunga(bunga ka buah?)yang warna merah tu..



Pokok ubat ka pun?tak pernah tengok.huhu..






paku pakis kesayangan..



Salah satu pokok hiasan kegemaran yang yang dijaga dan dibelai..he..minat tu lebih sikit ke pokok pokok hiasan yang berdaun..bunga takdak...memang minat semua jenis paku pakis..termasuk pucuk paku.hehe..tapi tak tau la ni jenis apa.beli ja kat cameron hari tu..




Yang ni jenis daun pendek pendek kut,ada yang daun yang panjang tu lagi rimbun..




Beli hari tu 3 pasu ja..dah dipecahkan jadi 7 pasu.cepat penuhnya..



Ha tengok yang ni tak dan dan dah keluar kut lubang bawah pasu.huhu..nak kena ubah pasu lain jugak ni.




Yang lagi 3 pasu letak kat luar cermin depan..motifnya.. bila selak langsir tu dapat melihat kehijauan yang mendamaikan.hehehe



Interframe sikit...benih zinnia yang disemai 2 hari lepas dah pun bercambah..gembira tak terkata..1 lagi penyebab untuk mencangkung lebih lama di depan laman rumah tiap tiap pagi...

(^_^)





Wednesday, 7 November 2012

petola??



Anak pokok yang menimbulkan kekeliruan..haha..tadi pi tengok dah keluar sulur paut dia..alahai..comeynya..(sambil senyum senyum gembira..)hehe




Petang nanti baru akan dipindahkan ke tepi pagar belakang.pasai kat depan dah ada pokok markisa..